Friday, February 6, 2009

MALAYSIAN DEATH METAL 08 Show At MCPA HALL

MYDM 2008 - 29 Jun 2008 (by Gospel of Mentharas.com)

Sangat hebat!! Itulah yang boleh aku katakan utk persembahan gig MYDM 2008 (Malaysian Death Metal Fest) ini. Line up band yang hebat, persembahan band yg mantap dan lagu2 yang cukup kejam terus-menerus disajikan kpd crowd yg hadir pd hari itu. Tahniah kpd organizer atas usaha shingga gig ini berlngsung dgn jayanya. Gig MYDM 2008 ini dibawa khas oleh NeoChronicles Productions dan Thy Syndicate. 9 band kesemuanya terlibat pd hari itu iaitu Necrotic Chaos, Akaren, Cardiac Necropsy, Bilharzia, Sicksociety, In Torment, Innards Decay, Incarcerate dan Psyrosix.
Gig brmula hampir pkul 4 ptg dgn persmbahan dibuka oleh band dr Subang iaitu Akaren. Meskipun brmula dgn band pembukaan, persmbahan mntap drpd mereka sememangnya harus dipuji. Aha. Tak lupe gak MC pd hari tuh iaitu HateTV crew, 'dasyat'. Hehe....

Incarcerate drpd Pasir Mas, Kelantan membawa Death Metal yg cukup kejam pd hari itu dgn lagu ereka seperti Depopulate beserta lagu cover dari Disgorge. Band Psyrosix dari Penang yg pnah trlibat dlm siri kompilasi Metal to Metal II dgn membawakn lagu Prejudice Battleground, lagu daripada kompilasi MTM, Armageddon Before Her juga lagu cover dari Cryptopsy iaitu Grave of the Fathers.
Persembahan yg sangat mantap daripada Innards Decay pd hari tuh. Band drpd Kuala Lumpur ini mempersembahkan persembahan yg bertenaga dan agresif. Boleh dikatakan seperti adrenalin di tahap yg tinggi. Membawakan lagu seperti We Are Not Dead Yet, Broken Mindset, Inveracity, Drown In Your Own Sin dan menutup persmbahan dgn lagu cover Amon Amarth brsama2 crowd.

Necrotic Chaos memasuki gelanggang dgn Dark E di posisi vokal dan lead guitar brsama 2 org pemain undangan untuk mnggantikan ahli NC yg tidak dpt brsama kerana komitmen lain. Tak tau la siapa yg perform di sbalik topeng terrorist pd hari tuh. Memulakan dgn lagu Infernal Sorcery, Necrotic Chaos turut memainkan lagu Forth Abattoir dan juga lagu baru iaitu Dead Man Walking. Mcm tuh la lebih kurang tajuknye. 1st time aku dgr lagu baru ni mase gig The Resurrection bulan 3 dulu. Mnutup persmbahan Necrotic Chaos dgn lagu cover Venom iaitu Countess Bathory didtangi dgn vokalis khas yg mmakai bullet belt dgn pluru bertaburan. Hehe. Fuck yew!! Katanya ala2 Chronos sblum memula persembhan.

Bilharzia mnyambung persmbahan pd hari itu sblom berehat sbentar utk memberi laluan pd waktu maghrib. Bg yg tak mengenali band ini, mereka telah pun bermula sejak tahun 1995 lagi. Bukanlah satu jangka masa yg singkat. Pernah mngeluarkan demo ke EP dlm tahun 2000 cmtu iaitu Blood Fluke. Membawakan lagu seperti Lantak dan Humanity dan juga lagu2 baru mereka yg akan dikeluarkan kelak.

Smentare rehat tu aku pg la mkn jap sblom smbung lek. Masuk gig blk dah trlepas In Torment plak. Sicksociety tgh perform mase tu. Hentakan drum yg bgitu dasat dan lagu2 yg dibawak cukup kejam utk menghidangi perut yg telah kenyang selepas mkn. Tmbahn pula dgn imej limpahan darah mreka pd hari tuh. Mreka sempat membawakan lagu cover daripada Morbid Angel dgn persmbahan yg cukup utk memukau crowd yg masih lagik belum penat (baru lps makan). Hehe......

Utk menutup prsembahan dan sterusnya melengkap gig MYDM 2008 pd hari tuh, Cardiac Necropsy dr Singapura dibawa khas dgn membawakan lagu2 mreka yg brutal dan tanpa belas kasihan sperti Metal Punch You In The Cunt (dasat tajuk ni), Blood, Sex and Saliva, lagu ni daripada album split dgn Necrotic Chaos kalau tak salah, Six Pieces, dan turut membawakan lagu cover Impaled Nazarene iaitu Armageddon. Band yg sangat sesuai untuk menutup gig tersebut pd hari tu.

Harap2 kalau gig ni dpt dibuat lagik skali pd masa akan dtg sgt la baik. Syabas utk organizer atas penganjuran aktiviti hujung minggu ini. Show yg hebat, harga tiket yg berbaloi, band yg mantap, design baju yg lawa. Apa lagi yg harus diperkatakan? Gambar2 yg diambil hancur sumenye pasal pengcahayaan yg kurang kat MCPA tuh. Dah name pun amek pkai hp. Terpaksa la kumpul duit utk beli kamera yg canggih plak pasni.
Antara video gig boleh view kat Youtube Mentharas atau klik download untuk full video

credit : mentharas.com




part1
part2
part3
part4
part5
part6
part7
part8